Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 7 maut dalam kebakaran di bangunan pejabat Korea Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 7 maut dalam kebakaran di bangunan pejabat Korea Selatan

(Gambar: Lee Mu-yeol/Newsis via AP)

SEOUL: Satu kebakaran yang disyaki dimulakan dengan sengaja, merebak ke sebuah bangunan pejabat di bandar Daegu di Korea Selatan pada Khamis (9 Jun), meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa dan mencederakan lagi puluhan mangsa, menurut pegawai polis dan bomba tempatan. 

Puluhan anggota dan kenderaan bomba dikerahkan dan dengan segara memadamkan kebakaran, yang bermula sekitar pukul 10.55 pagi waktu tempatan di tingkat dua bangunan pejabat setinggi tujuh tingkat yang berdekatan mahkamah daerah bandar tersebut. 

Tujuh orang disahkan meninggal dunia, termasuk seorang lelaki yang tidak dikenal pasti. Polis mengesyaki lelaki itu mencetuskan kebakaran tersebut di pejabat seorang peguam. 

Sekurang-kurangnya 41 orang cedera, kebanyakannya disebabkan terhidu asap dan 26 daripada mereka sedang dirawat di hospital-hospital berdekatan, kata Ketua Jabatan Kebakaran Daerah Suseong di Daegu, Park Seok-jin. 

Tiada orang yang terperangkap dalam bangunan itu, tambah Encik Park. 

Seorang pegawai dari Polis Bandar Daegu Jeong Hyeon-wook berkata rakaman kamera keselamatan menunjukkan suspek meninggalkan rumahnya sambil memegang beg yang mungkin digunakan untuk mencetuskan kebakaran itu. 

Encik Jeong berkata semua mangsa yang meninggal dunia ditemui di bilik yang sama dan polis sedang menyiasat motif-motif disebaliknya. 

Media Korea Selatan menerbitkan beberapa keping gambar yang menurutnya, diterima daripada para saksi. Gambar-gambar tersebut menunjukkan asap yang keluar dari bangunan di Beomeo-dong, daerah mewah di Daegu, yang juga merupakan bandar keempat terbesar Korea Selatan dan menempatkan lebih 2.6 juta penduduk. 

Gambar-gambar lain menunjukkan tingkap pecah, yang menurut Encik Park, disebabkan usaha menyelamatkan mangsa. 

Daegu merupakan tapak salah satu kebakaran yang paling dahsyat dalam sejarah Korea Selatan pada 2003, di mana 192 orang meninggal dunia setelah seorang lelaki 56 tahun dengan sengaja memulakan kebakaran dalam sebuah kereta api. 

Sumber : AP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan