Sekurang-kurangnya 7 maut, 12 cedera dalam kebakaran hotel di Korea Selatan: Laporan
Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran tercetus di sebuah hotel di Bucheon, Korea Selatan pada 22 Ogos 2024. (Gambar: X/xforsmile)
SEOUL: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 12 lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah hotel di Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap pada Khamis (22 Ogos), menukil pihak berkuasa.
Tiga daripada 11 mangsa yang cedera mengalami kecederaan parah sementara yang lain hanya cedera ringan, lapor Yonhap. Semuanya dibawa ke hospital.
Kebakaran bermula di tingkat lapan hotel yang mempunyai sembilan tingkat di Bucheon, selatan ibu kota Seoul itu, pada sekitar 7.40 malam waktu tempatan, menurut pihak berkuasa yang menangani insiden kebakaran di Wilayah Gyeonggi.
Kesemuanya 46 kereta bomba dan 150 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian.
Seorang pegawai bomba memberitahu Yonhap bahawa jumlah mangsa dijangka bertambah sedang pihaknya terus mencuba menyelamatkan tetamu hotel.

Menurut Yonhap, para pegawai sebelum itu berkata bahawa empat tetamu mengalami serangan jantung. Sebilangan mangsa juga cedera selepas melompat keluar dari tingkap ke tilam kembung yang dibentangkan di luar bangunan.
Sesetengah yang maut melompat keluar dari bilik mereka semasa kebakaran berlaku.
Beberapa mangsa turut ditemui di ruang tangga dan laluan di dalam hotel, kata seorang pegawai Bucheon City kepada Yonhap.
Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min menggesa usaha dijalankan untuk memadamkan kebakaran dan menyelamatkan orang ramai.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.