Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 7 kanak-kanak maut, puluhan cedera dalam letupan madrasah Pakistan

Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak terbunuh dan 70 yang lain cedera pada Selasa (27 Okt) dalam satu letupan di sebuah institusi pengajian agama di barat laut Pakistan, kata seorang pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 7 kanak-kanak maut, puluhan cedera dalam letupan madrasah Pakistan

Tapak letupan di sebuah madrasah di Peshawar, Pakistan pada 27 Okt 2020. (Gambar: AFP/Abdul MAJEED)

Diterbitkan : 27 Oct 2020 03:44PM Dikemas Kini : 27 Oct 2020 03:47PM

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak terbunuh dan 70 yang lain cedera pada Selasa (27 Okt) dalam satu letupan di sebuah institusi pengajian agama di barat laut Pakistan, kata seorang pegawai.

Bom itu meletup di kawasan Dir di bandar Peshawar, kata Bilal Faizi, jurucakap perkhidmatan penyelamat 1122, kepada Agensi Anadolu.

Semua yang cedera telah dipindahkan ke Hospital Lady Reading dan sebahagian daripada mereka dalam keadaan kritikal, tambahnya.

Rakaman yang dikongsi oleh pegawai penyelamat menunjukkan letupan besar meruntuhkan sebahagian besar masjid.

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan