Sekurang-kurangnya 6 maut selepas Bali dilanda banjir
Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk meredah air banjir berikutan hujan lebat di Denpasar, pulau Bali Indonesia, pada 10 September 2025. (Gambar: AFP/Sonny Tumbelaka)
JAKARTA: Banjir di pulau percutian Indonesia, Bali mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang minggu ini dan menghalang akses ke jalan-jalan raya utama di ibu kota itu, menurut pihak berkuasa pada Rabu (10 Sep), mencetuskan gangguan terhadap destinasi pelancongan yang popular itu.
Hujan lebat yang turun tanpa henti antara lewat petang Selasa (9 Sep) dan pagi Rabu menyebabkan dua bangunan runtuh di ibu kota Denpasar di Bali, mengorbankan empat orang, menurut I Nyoman Sidakarya, ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Basarnas.
Lagi dua orang maut dan 85 orang sudah berpindah di daerah Jembrana, menurut agensi mitigasi bencana Indonesia pada Rrabu.
Bali masih dilanda banjir setakat Rabu, kata ketua agensi Basarnas Suharyanto kepada wartawan.
Akses ke lapangan terbang antarabangsa Bali berhampiran Denpasar terhad kerana hanya lori boleh menggunakan jalan raya, kata Encik Nyoman.
Rakaman video yang dikongsi di media sosial, yang tidak dapat disahkan oleh Reuters, menunjukkan banjir di jalan-jalan raya utama yang mencetuskan kesesakan.
Sekitar 200 penyelamat sudah pun dikerahkan, kata Encik Nyoman.
Hujan lebat juga mencetuskan kebanjiran di Nusa Tenggara Timur, di mana empat orang terkorban, menurut agensi mitigasi bencana itu.

Sumber : Agensi berita/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.