Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 6 maut, puluhan cedera dalam kes tembakan merata AS

Anggaran Waktu Membaca:
PENNSYLVANIA: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh termasuk seorang pegawai polis di Pennsylvania. Puluhan lagi cedera dalam beberapa insiden keganasan dan tembakan beramai-ramai di merata Amerika Syarikat (AS).

Kejadian yang berlaku di luar bandar Chicago, Washington, Pennsylvania, St Louis, California Selatan dan Baltimore itu berlaku berikutan lonjakan dalam kes pembunuhan dan keganasan lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Para pakar berkata ia semakin meningkat sejak pandemik koronavirus.

Para penyelidik bagaimanapun tidak bersetuju punca lonjakan itu. Beberapa teori termasuk kemungkinan keganasan tersebut didorong oleh penggunaan senjat api secara meluas di Amerika, atau taktik kurang agresif polis, serta kurangnya pendakwaan terhadap kesalahan melibatkan senjata api, kata Daniel Nagin, seorang profesor dasar awam dan statistik di Universitu Carnegie Mellon.

Berikut kes tembakan yang berlaku pada hujung minggu di AS:

WILLOWBROOK, ILLINOIS

Seorang maut dan sekurang-kurangnya 22 lagi cedera dalam kes tembakan pada Ahad ketika satu pesta yang diadakan di tempat letak kereta di Chicago.

Motif serangan itu tidak diketahui, dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.

WASHINGTON

Dua maut dan dua lagi cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan secara rambang ke arah sekumpulan orang di sebuah tapak perkhemahan di mana berlangsung festival muzik pada Sabtu malam (17 Jun).

Suspek tersebut ditembak pegawai penguatkuasa undang-undang, dan ditahan beberapa ratus meter dari festival muzik elektronik Beyond Wonderland.

PENNSYLVANIA TENGAH

Seorang pegawai polis maut dan seorang lagi cedera parah beberapa jam selepas itu di Pennsylvania pusat pada Sabtu.

Suspek melarikan diri, namun ditemui dua jam kemudian tidak jauh di Walker Township. Satu kejadian berbalas tembakan berlaku di mana penembak itu dibunuh manakala seorang pegawai polis cedera parah.

ST LOUIS

Insiden tembakan pada awal Ahad di sebuah bangunan pejabat di bandar St Louis meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan mencederakan sembilan remaja lain, kata pesuruhjaya polis bandar itu.

Seorang jurucakap polis berkata seorang individu bawah umur yang memiliki pistol telah ditahan.

CALIFORNIA SELATAN

Insiden tembakan berlaku di satu pesta di sebuah rumah di California Selatan, mencederakan lapan orang, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

BALTIMORE

Enam orang cedera dalam insiden tembakan pada Jumaat malam (16 Jun) di Baltimore.

Polis kemudian diberitahu tiga lagi mangsa telah pergi ke hospital dengan luka tembakan yang tidak mengancam nyawa.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan