Sekurang-kurangnya 6 maut dalam kebakaran di hospital COVID-19 Mumbai
Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah, yang menempatkan pesakit COVID-19 di Mumbai.

Kepulan asap dilihat apabila kebakaran tercetus di sebuah hospital di Mumbai, India, 26 Mac 2021. (Gambar: REUTERS/Stringer)
MUMBAI: Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah, yang menempatkan pesakit COVID-19 di Mumbai.
Demikian menurut pihak berkuasa negara itu hari ini (26 Mac).
Lebih 70 pesakit yang dijangkiti COVID-19 di sebuah hospital privet yang terletak di tingkat tiga pusat beli-belah itu dipindahkan ke pusat-pusat lain, menurut pegawai awam tempatan.
Mereka menambah punca kebakaran itu masih disiasat.
Sejauh ini, belum jelas sama ada terdapat pesakit COVID-19 yang terkorban.
Mumbai sedang dibelenggu masalah jangkitan COVID-19 yang teruk dan mencatat lebih 5,500 kes dalam sehari semalam (25 Mac), iaitu jumlah paling tinggi sejak penularannya bermula.
Sementara itu, jumlah kes baru jangkitan COVID-19 di India melonjak sebanyak 59,118 semalaman, jumlah harian paling tinggi sejak 18 Oktober, menurut data kementerian kesihatan negara itu hari ini.
Jumlah keseluruhan kes di negara itu adalah sebanyak 11.85 juta.
India melaporkan 257 kematian baru akibat COVID-19, menjadikan keseluruhan jumlah kes kematian sebanyak 160,949, menurut data itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.