Sekurang-kurangnya 56 maut akibat gelombang haba di India
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
NEW DELHI: Hampir 25,000 kes disyaki strok haba dilaporkan di India manakala 56 orang maut selepas gelombang haba melanda seluruh negara itu selama beberapa hari dari Mac hingga Mei lalu.
Mei merupakan bulan paling panas, dengan suhu di ibu kota Delhi dan wilayah Rajasthan yang berdekatan, mencecah 50 darjah Celsius.
Bahagian timur India pula teruk terjejas kesan taufan Remal.
Hujan lebat di wilayah timur laut Assam telah meragut nyawa 14 orang sejak Selasa lalu.
Di Sri Lanka, sekurang-kurangnya 15 orang maut akibat banjir dan tanah runtuh selepas hujan lebat monsun melanda wilayah itu, kata Pusat Pengurusan Bencana (DMC) pada Ahad.
Beberapa faktor telah membawa kepada musim panas yang amat bahang di Asia Selatan.
Menurut saintis, trend itu telah diburukkan lagi oleh perubahan iklim yang disebabkan kegiatan manusia.
Sekurang-kurangnya 33 orang, termasuk pegawai pilihan raya meninggal dunia pada hari terakhir pengundian akibat strok haba di wilayah Uttar Pradesh dan Bihar di bahagian utara, dan Odisha di bahagian timur pada Jumaat.
Data daripada Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan (NCDC) menunjukkan situasi tersebut paling buruk pada Mei, dengan 46 kematian berkait haba dicatat dan 19,189 kes strok haba dilaporkan, menurut laman berita The Print.
Pejabat kaji cuaca meramalkan keadaan gelombang haba akan reda sehingga Rabu (5 Jun). Malah, ketibaan awal monsun yang diramalkan di selatan wilayah Kerala minggu lalu dijangka membawa lebih banyak kelegaan.

Sumber : Agensi berita/LL/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.