Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 550 jemaah dilapor meninggal dunia ketika haji

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Jun 2024 09:18AM Dikemas Kini : 19 Jun 2024 11:55PM


MINA: Ratusan jemaah haji maut akibat cuaca panas terik. Demikian menurut beberapa laporan dan kementerian ehwal luar.

Sekurang-kurangnya 550 orang meninggal dunia, kata para diplomat kepada AFP pada Selasa (18 Jun).

Sebanyak 323 daripada mereka adalah warga Mesir. Ramai di antara mereka maut disebabkan penyakit berkaitan cuaca panas, lapor AFP, yang dinukil dua diplomat Arab.

Televisyen Arab Saudi menyatakan suhu pada Isnin (17 Jun) melonjak setinggi 51.8 darjah Celsius di Masjidil Haram


35 jemaah warga Tunisia juga meninggal dunia pada haji tahun ini, lapor agensi berita Tunis Afrique Presse pada Selasa.

Kebanyakan di antara kematian tersebut disebabkan cuaca panas melampau, kata anggota keluarga mangsa di media sosial, sementara sebahagian yang lain mencari saudara yang hilang di hospital Saudi.

Kementerian Ehwal Luar Jordan menyatakan ia sudah mengeluarkan 41 permit pengebumian bagi jemaah Jordan pada Selasa. Sebelum ini, kementerian tersebut menyatakan sekurang-kurangnnya enam warga Jordan meninggal dunia akibat strok haba ketika haji.

Sebelas warga Iran meninggal dunia dan 24 dihantar ke hospital, lapor berita Iran IRINN pada Selasa tanpa menyebut puncanya.

Tiga warga Senegal juga meninggal dunia, lapor Agence de Presse Sénégalaise pada Isnin.

Menurut data Kementerian Kesihatan Indonesia pada Selasa, 145 warganya juga meninggal dunia. Data itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada kematian tersebut berpunca daripada strok haba.

KELETIHAN FIZIKAL

Seorang pegawai kesihatan Saudi yang bercakap kepada Reuters pada Isnin, sebelum laporan kematian itu dikeluarkan, berkata bahawa pihak berkuasa tidak menyaksikan sebarang kematian luar biasa dalam kalangan jemaah, meskipun cuaca sangat panas.

Setakat ini, kementerian itu sudah merawat lebih 2,700 jemaah yang mengalami penyakit berkaitan cuaca panas, tambah pegawai tesebut.

Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan