Sekurang-kurangnya 50 maut dalam banjir monsun Pakistan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Arif Ali)
LAHORE: Sekurang-kurangnya 50 individu, termasuk lapan kanak-kanak terkorban akibat banjir dan tanah runtuh dicetuskan oleh hujan monsun yang melanda pakistan sejak bulan lalu, kata para pegawai pada Jumaat (7 Jul).
Monsun musim panas menyebabkan 70 hingga 80 peratus curahan hujan tahunan di Asia Tenggara antara Jun dengan September setiap tahun.
Hujan penting bagi mata pencarian berjuta-juta petani serta keselamatan makanan di wilayah yang mempunyai sekitar dua bilion orang - namun ia juga menyebabkan tanah runtuh dan banjir.
"Lima puluh kematian dilaporkan dalam beberapa insiden berkaitan hujan yang berbeza di seluruh Pakistan sejak monsun bermula pada 25 Jun," kata seorang pegawai pengurusan bencana negara kepada AFP, sambil menambah bahawa 87 individu cedera dalam tempoh itu.
Majoriti kematian berlaku di wilayah timur Punjab, yang kebanyakannya berpunca daripada renjatan elektrik dan bangunan runtuh, menurut data rasmi.
Di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, lapan mayat kanak-kanak ditemui daripada tanah runtuh di daerah Shangla pada Khamis (6 Jul), menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan Rescue 1122 Bilal Ahmed Faizi.
Beliau berkata para penyelamat masih mencari kanak-kanak lain yang terperangkap di dalam serpihan bangunan.
Jabatan Meteorologi Pakistan meramalkan hujan lebat berlaku di seluruh negara pada beberapa hari akan datang dan memberi amaran tentang kemungkinan banjir di kawasan tadahan sungai-sungai itama Punjab.
Pihak berkuasa pengurusan bencana wilayah itu menyatakan pada Jumaat bahawa ia sedang berusaha untuk memindahkan penduduk yang menetap di pinggir sungai.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.