Sekurang-kurangnya 4 maut feri terbakar di selatan Filipina
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam insiden kebakaran feri di perairan selatan Filipina, lapor agensi berita Anadolu yang memetik media tempatan pada Rabu (28 Ogos).
Petikan daripada rakaman video yang menunjukkan Feri MV Lite 16 terbakar. (Petikan video: Vin Diether)
ANKARA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam insiden kebakaran feri di perairan selatan Filipina, lapor agensi berita Anadolu yang memetik media tempatan pada Rabu (28 Ogos).
Feri MV Lite 16 - membawa sekurang-kurangnya 187 penumpang termasuk 37 anak kapal - berlepas dari Pelabuhan Dapitan, lapor akhbar dalam talian Rappler.
Mangsa termasuk kanak-kanak berusia dua tahun.
"Seramai 111 penumpang dan 30 anak kapal diselamatkan manakala 39 lagi masih hilang," kata pegawai kesihatan bandar Dapitan, Rolito Cataluna.
Tujuh anak kapal masih berada dalam feri yang terbakar itu, menurut laporan tersebut.
Feri itu berlepas dari Samboan di selatan Cebu pada Rabu dan kebakaran berlaku ketika ia berada kira-kira 1.5 batu nautika dari Pelabuhan Pulauan di bandar Dapitan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.