Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 37 maut bas terbabas dalam terusan di India

Sekurang-kurangnya 37 penumpang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam terusan di Madhya Pradesh, tengah India pada Selasa (16 Feb) menurut polis kepada AFP.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 37 maut bas terbabas dalam terusan di India

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Feb 2021 10:17PM Dikemas Kini : 16 Feb 2021 10:22PM

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 37 penumpang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam terusan di Madhya Pradesh, tengah India pada Selasa (16 Feb) menurut polis kepada AFP.

Bas yang membawa lebih 50 penumpang itu terbabas dari jalan raya sebelum terjunam ke dalam terusan berdekatan Kampung Satna, pada awal pagi.

Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana bas itu boleh terbabas tetapi keadaan rangkaian jalan raya yang berbahaya dan tidak diselenggara dengan baik disebut sebagai mungkin punca nahas tersebut.

Media tempatan melaporkan, bas itu tenggelam dan gambar-gambar yang disiarkan memaparkan pegawai dengan jaket keselamatan berwarna jingga menggunakan bot penyelamat untuk mencari mangsa terselamat.

Menurut laporan media, tujuh orang termasuk pemandu bas berjaya menyelamatkan diri.

"Setakat ini, kami menjumpai 37 mayat. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan," kata polis daerah, Superintendan Dharamveer Singh.

Pegawai tempatan menghentikan pengaliran air ke terusan tersebut yang membantu mempercepat operasi menyelamat dan membenarkan dua kren menarik bas keluar dari kawasan itu.

Akhbar Times of India yang memetik sumber melaporkan, operasi mengeluarkan bas mengambil masa tiga jam.

Pejabat Perdana Menteri Narendra Modi menerusi catatan di Twitter mengumumkan pampasan sebanyak AS$2,750 (S$3,638) kepada keluarga mangsa yang terbunuh.

"Seluruh negeri meratapi sama mereka yang terkesan," kata Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan dalam satu ucapan menerusi video.

Berdasarkan laporan pemerintah, keadaan jalan raya di India disifatkan paling berbahaya di dunia dengan 151,113 orang terbunuh dalam kemalangan pada 2019 atau secara puratanya 414 orang sehari atau 17 orang dalam sejam.

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan