Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 3 orang ditembak di bangunan pencakar langit di Manhattan

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 3 orang ditembak di bangunan pencakar langit di Manhattan

52nd Street antara Park dan Lexington Avenue di mana seorang pegawai polis Jabatan Polis New York ditembak pada 28 Julai, 2025 di New York. (Gambar: AP/Angelina Katsanis)

Diterbitkan : 29 Jul 2025 10:33AM Dikemas Kini : 29 Jul 2025 10:34AM
NEW YORK: Seorang individu yang melepaskan tembakan di dalam bangunan pencakar langit di tengah Manhattan yang menempatkan ibu pejabat Liga Bola Sepak Nasional dan pejabat beberapa institusi kewangan utama, termasuk syarikat dana lindung nilai gergasi Blackstone, sudah "ditumpaskan," kata pesuruhjaya polis New York City pada Isnin (28 Jul).

Polis tidak segera mendedahkan butiran kejadian tembakan itu kepada umum, tetapi sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu Reuters bahawa sekurang-kurangnya seorang pegawai Jabatan Polis New York dan dua orang awam cedera terkena tembakan dan suspek dipercayai meninggal dunia.

Sumber itu berkata maklumat tersebut adalah awal, dan keadaan atau tahap kecederaan yang dialami oleh pegawai polis dan dua orang lain tidak diketahui serta-merta.

Akhbar New York Post, memetik sumber polis yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa seorang lelaki bersenjata yang memakai jaket kalis peluru dan membawa tembak gaya AR melepaskan tembakan di dalam bangunan pencakar langit Park Avenue, mencederakan seorang pegawai polis dan seorang awam. The Post melaporkan mereka berada dalam keadaan kritikal.

Lelaki bersenjata itu, lapor The Post, mengurung dirinya di dalam menara pejabat, mungkin di tingkat 32 bangunan itu.

Tidak lama kemudian, Pesuruhjaya Polis New York Jessica Disch berkata di X: "Pada masa ini, tempat kejadian dikawal dan penembak tunggal ditumpaskan."

Bangunan pencakar langit di 345 Park Avenue menempatkan beberapa firma kewangan, termasuk Blackstone, dana lindung nilai terbesar di dunia, serta KPMG dan Deutsche Bank, bersama dengan ibu pejabat NFL.

Rakaman media berita menunjukkan kehadiran polis yang besar di kawasan sekitar menara pejabat itu. Rakaman TV tempatan menunjukkan barisan orang ramai mengosongkan bangunan pejabat dengan tangan di atas kepala.

"Terdapat siasatan penembak aktif yang sedang berlaku di Midtown sekarang," kata Datuk Bandar New York Eric Adams dalam satu kenyataan di platform media sosial X ketika berita tembakan itu mula-muncul.

Jabatan Bomba New York berkata kru kecemasan dipanggil ke bangunan pejabat Park Avenue Isnin malam untuk laporan mengenai seseorang yang ditembak. Seorang jurucakap berkata panggilan itu diterima kira-kira pukul 6.30 petang (6.30 pagi, waktu Singapura) tetapi tidak memberikan butiran lain.

FBI menyatakan ejen dari pejabat lapangan New York mereka juga bertindak balas untuk memberikan sokongan di tempat kejadian.
Sumber : Agensi berita/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita