Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 25 terkorban, 120 cedera susuli letupan di masjid di Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 25 terkorban, 120 cedera susuli letupan di masjid di Pakistan

(Gambar: AP Photo/Muhammad Sajjad)

PESHAWAR: Satu letupan kuat berlaku di masjid yang terletak di ibu pejabat polis di Pakistan pada Isnin (30 Jan). Insiden tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 25 jemaah terkorban dan lebih 120 cedera, lapor para pegawai.

Serangan tersebut berlaku pada tengah hari sedang jemaah menunaikan solat di bandar barat laut Peshawar, yang terletak berdekatan dengan bekas kawasan puak yang bersempadan dengan Afghanistan. Kawasan tersebut menyaksikan kegiatan ketenteraan yang kian meruncing.

Masjid berkenaan terletak berdekatan dengan sebuah blok perumahan polis. Seramai 206 individu sedang berada di dalam bangunan tersebut ketika letupan itu meledak, menurut polis.

Sebahagian daripada bumbung dan dinding masjid runtuh. Mereka yang terselamat pula berlumuran darah dan dilihat berjalan dalam keadaan lemah. Sementara itu, seorang wartawan AFP juga menyaksikan mayat diusung ke ambulans.

Shafiullah Khan, seorang pegawai kanan pemerintah di Peshawar, memberitahu AFP dari tapak letupan itu bahawa terdapat 25 orang yang maut manakala, 120 lagi mereka yang cedera.

"Ia merupakan situasi kecemasan," kata Muhammad Asim Khan, seorang jurucakap hospital utama di Peshawar kepada AFP sebelum ini. Ia sekali gus menyaksikan angka korban pada 17 orang dan 80 orang cedera.

Kebanyakan jemaah masih terperangkap di dalam masjid, menurut polis. Ini sedang jentera berat dan bomba menjalankan operasi menyelamat di tapak yang musnah itu.

Ibu pejabat polis di Peshawar adalah salah satu kawasan yang paling dikawal ketat di bandar tersebut. Ia menempatkan biro perisikan dan antikeganasan, yang terletak bersebelahan dengan sekretariat serantau.

Para pegawai mendedahkan bahawa letupan tersebut meledak di barisan kedua para jemaah, dengan pasukan pelupusan bom masih menyiasat kemungkinan bahawa ia merupakan serangan bunuh diri.

Rakaman daripada stesen penyiaran pemerintah PTV menunjukkan anggota polis dan penduduk berlari berkeliaran untuk mengeluarkan serpihan dan mengangkat keluar mereka yang cedera di bahu mereka.
 
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan