Sekurang-kurangnya 240 orang awam cedera, 64 terbunuh di Ukraine: PBB
(Gambar: AFP)
ZURICH: Sekurang-kurangnya 64 orang awam terbunuh dan lebih 160,000 melarikan diri dari Ukraine selepas tentera Rusia memasuki Ukraine minggu ini, menurut agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor Reuters.
"Sehingga 5.00 petang pada 26 Februari, (pejabat hak asasi manusia PBB) OHCHR melaporkan sekurang-kurangnya 240 orang awam cedera, termasuk sekurang-kurangnya 64 orang terbunuh," kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) dalam satu laporan.
Ia menambah angka sebenar mungkin "lebih tinggi".
Kerosakan kepada prasarana awam menyebabkan ratusan ribu orang tidak mempunyai bekalan elektrik atau air. Beratus-ratus rumah juga rosak atau musnah, manakala jambatan dan jalan raya terkena bedilan bom menyebabkan beberapa masyarakat di negara itu yang terputus hubungan, katanya.
Ia memetik agensi pelarian PBB sebagai berkata lebih 160,000 orang telah kehilangan tempat tinggal mereka dan lebih 116,000 terpaksa melarikan diri ke negara jiran.
"Agensi PBB dan rakan kongsi kemanusiaan terpaksa menggantung operasi kerana keadaan keselamatan yang semakin meruncing," kata OCHA.
"PBB dan rakan kongsinya mengekalkan kehadiran mereka di seluruh negara dan kekal komited untuk terus berada di lapangan dan memberi bantuan kepada keperluan khidmat kemanusiaan dan risiko perlindungan yang semakin meningkat apabila keadaan mengizinkan."
BACA: Pertempuran di jalanan selepas tentera Rusia masuk bandar kedua terbesar Ukraine
Related:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.