Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 230 jadi mangsa banjir di Terengganu, angka terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Dungun, Terengganu terus meningkat kepada 233 orang daripada 79 keluarga setakat 8.00 pagi ini berbanding 55 orang (20 keluarga) malam tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 230 jadi mangsa banjir di Terengganu, angka terus meningkat

(Gambar: Berita Harian M'sia Online/ Facebook).

Diterbitkan : 02 Jan 2018 09:46AM Dikemas Kini : 02 Jan 2018 09:51AM

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Dungun, Terengganu terus meningkat kepada 233 orang daripada 79 keluarga setakat 8.00 pagi ini berbanding 55 orang (20 keluarga) malam tadi.

Menurut laporan portal Info Banjir, satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) kini dibuka di daerah itu, di Surau Besol Lama yang menempatkan seorang mangsa.

Pertambahan paling ramai mangsa banjir ialah di Dewan Orang Ramai Kampung Shukor iaitu 155 orang berbanding 49 mangsa sebelum ini.

Di Dewan Orang Ramai Pasir Raja pula, seramai 77 orang berada di situ berbanding enam mangsa semalam (1 Jan).

Sementara itu, mengikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran pula, setakat 7.30 pagi ini, Sungai Dungun di Kuala Jengai menunjukkan bacaan 21.33 meter melebihi paras bahaya 21.00m manakala bacaan di Pasir Raja, 38.37m melebihi paras bahaya 37.50m.

Empat sungai di daerah Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu pula melepasi paras amaran.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita