Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 23 maut dalam tanah runtuh di Mumbai

Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh selepas beberapa rumah musnah akibat dihempap tembok roboh dan tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di pusat kewangan India, Mumbai, menurut pihak berkuasa pada Ahad (18 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 23 maut dalam tanah runtuh di Mumbai

Kerja-kerja menyelamat di Mumbai, India susuli bencana disebabkan hujan lebat pada 18 Jul 2021 (Gambar: AFP/Sujit Jaiswal)

Diterbitkan : 18 Jul 2021 10:01PM Dikemas Kini : 18 Jul 2021 10:06PM

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh selepas beberapa rumah musnah akibat dihempap tembok roboh dan tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di pusat kewangan India, Mumbai, menurut pihak berkuasa pada Ahad (18 Jul).

Air hujan yang deras juga membanjiri kompleks pembersihan air, mengganggu bekalan "di sebahagian besar bandar Mumbai", yang mempunyai 20 juta penduduk, kata pihak berkuasa awam.

Pokok tumbang merobohkan tembok di pinggir timur Chembur pada awal pagi Ahad, menimbus penduduk berhampiran, kata Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF).

Sebanyak 17 mayat ditemui dalam timbunan runtuhan itu, menurut NDRF, dengan usaha menyelamat diteruskan.

Dalam satu kejadian berasingan, enam orang terkorban selepas lima kediaman ranap akibat tanah runtuh di Vikhroli pada pagi Ahad.

Mumbai dilanda hujan lebat sejak Sabtu, dengan khidmat pengangkutan tempatan turut terjejas.

Badan awam di bandar itu tidak menyatakan bila bekalan air dijangka dapat dipulihkan, namun menasihatkan penduduk untuk memasak air sebelum menggunakannya.

Jabatan Kaji Cuaca India menyatakan pada awal pagi Ahad bahawa "hujan sederhana hingga lebat berserta guruh" diramalkan untuk dua hari akan datang.

Perdana Menteri Narendra Modi mengucapkan takziah di Twitter atas bencana itu dan mengumumkan bantuan kewangan kepada setiap keluarga mangsa.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan