Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 20 cedera setelah kereta rempuh orang ramai di Munich

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 20 cedera setelah kereta rempuh orang ramai di Munich

Khidmat kecemasan di tapak kejadian di mana sebuah kereta merempuh orang ramai di Munich pada 13 Februari 2025. (Gambar: Michaela STACHE / AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2025 10:18PM Dikemas Kini : 13 Feb 2025 10:32PM
MUNICH: Sekurang-kurangnya 20 orang cedera selepas seorang pemohon suaka warga Afghanistan berusia 24 tahun memandu sebuah kereta merempuh orang ramai di Munich.

Menurut perdana menteri Jerman insiden itu kemungkinan satu serangan pada Khamis (13 Feb), sedang bandar itu bersiap sedia untuk menganjurkan persidangan keselamatan peringkat tinggi.

Polis di bandar selatan itu menyatakan sebuah kereta menghampiri kenderaan polis yang terhenti disebabkan satu tunjuk perasaan yang diadakan oleh kesatuan Verdi sebelum ia dipandu laju merempuh orang ramai.

Insiden disyaki serangan itu menarik perhatian kepada tahap keselamatan menjelang pilihan raya minggu depan menyusuli beberapa serangan ganas lain.

Ia berlaku beberapa jam sebelum figura-figura penting antarabangsa, termasuk Naib presiden Amerika Syarikat JD Vance dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, tiba di bandar itu bagi Persidangan Keselamatan Munich peringkat tinggi, yang bermula pada Jumaat (14 Feb).

"Ia mungkin satu serangan," kata Perdana Menteri Bavaria Markus Soeder kepada para wartawan.

<<Khidmat kecemasan menghadiri lokasi kejadian selepas seorang pemandu merempuh orang ramai di Munich, Jerman, 13 Feb 2025. (Gambar: AP/Alexa Gr'f/dpa)

Menteri Ehwal Dalam Negeri Bavaria berkata beliau tidak mengesyaki insiden itu sebagai ada kaitan dengan persidangan tersebut.

Polis menyatakan pihaknya sudah menahan pemandu berkenaan dan tidak melihatnya sebagai ancaman lebih berbahaya.
 
Sumber : Agensi berita/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita