Sekurang-kurangnya 17 maut selepas bot pelarian Rohingya karam di Myanmar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Munir Uz Zaman)
YANGON: Sekurang-kurangnya 17 orang lemas apabila sebuah boat membawa pelarian Rohingya, yang melarikan diri dari wilayah Rakhine, karam di tengah laut pada minggu ini.
Demikian menurut para penyelamat pada Khamis (9 Ogos).
Ribuan warga Rohingya mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun untuk menyeberang laut dari kem-kem pelarian di Bangladesh dan Myanmar untuk ke negara dengan majoriti penduduknya Muslim seperti Malaysia dan Indonesia.
Byar La, seorang penyelamat dari Yayasan Shew Yaung Metta di bandar Sittwe, Myanmar, berkata lebih 50 orang dipercayai berada di dalam bot yang menuju ke Malaysia apabila ia berdepan masalah di laut bergelora pada Ahad (6 Ogos) malam.
"Kami menemui 17 mayat... setakat semalam (9 Ogos)," katanya kepada AFP.
"Kami menjumpai lapan lelaki yang masih hidup. Polis sudah membawa mereka untuk disoal siasat."
Penyelamat masih mencari mereka yang hilang, katanya, meskipun jumlah penumpang tidak diketahui.
Wilayah Rakhine di Myanmar yang majoriti rakyatnya adalah penganut Buddha, merupakan tempat tinggal bagi 600,000 Muslim. Mereka dianggap sebagai pelarian dari Bangladesh dan dilarang mendapat kewarganegaraan dan kebebasan untuk bergerak di negara itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.