Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 17 maut akibat ribut salji di AS

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 17 maut akibat ribut salji di AS

(Gambar: Scott Olson/Getty Images/AFP)

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 17 orang maut akibat ribut salji yang melanda Amerika Syarikat (AS), manakala lebih 1.7 juta kediaman dan syarikat dilaporkan terputus bekalan elektrik. 

Demikian menurut laporan Agensi Anadolu pada Sabtu (24 Dis), memetik media tempatan dan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).

NWS mengumumkan bahawa angin ribut yang datang dari arah Artik menjejaskan kira-kira dua pertiga bahagian di AS dan memberi kesan ketara di bahagian tengah serta timur negara pada akhir minggu ini.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa jarak penglihatan menurun kepada sifar akibat ribut salji, dengan tiupan angin mencecah 115 kilometer sejam di beberapa kawasan.

Menurut laman sesawang Power Outage, lebih 1.7 juta rumah dan syarikat perniagaan di seluruh negara terputus bekalan elektrik dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum bekalan elektrik dapat dipulihkan.

Lebih daripada 200 juta orang dijangka terjejas akibat cuaca buruk di AS.

Keadaan darurat diisytiharkan di beberapa negeri, termasuk New York, Virginia, Kentucky, Georgia, Carolina Utara dan Oklahoma, manakala Presiden AS Joe Biden menggesa rakyat supaya mematuhi amaran.

Sementara itu, laman sesawang FlightAware melaporkan bahawa lebih 8,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 25,000 penerbangan ditangguhkan menjelang cuti Hari Krismas dan Tahun Baru.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan