Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 16 maut dalam kebakaran di bangunan kediaman di Dubai

Anggaran Waktu Membaca:
DUBAI: Satu kebakaran di sebuah bangunan kediaman di Dubai pada Sabtu (15 Apr) meragut nyawa 16 penghuni, manakala sembilan lagi dilaporkan cedera.

Pasukan pertahanan awam Dubai menangani kebakaran tersebut dengan segera dan menyediakan bantuan kecemasan kepada mangsa yang cedera, menurut laporan akhbar Al Bayan.

Seorang jurucakap pasukan pertahanan awam negara itu berkata pasukan tersebut segera bertindak sebaik mereka menerima laporan tersebut, dan tiba di tempat kejadian dalam tempoh enam minit. Pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut pada 12.45 tengah hari, waktu tempatan.

Siasatan awal menunjukkan kebakaran itu akibat tidak mematuhi langkah-langkah kawalan keselamatan bangunan.

Butiran mangsa belum diketahui.

Sejak 2017, pihak berkuasa Amiriah Arab Bersatu telah melaksanakan peraturan lebih ketat bagi bangunan-bangunan di negara itu, demi mengurangkan risiko kebakaran, terutama dengan penggunaan bahan mudah terbakar pada bahagian luar bangunan.
Sumber : AGENCIES/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan