Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 15 orang maut, 8 dilaporkan hilang susuli banjir di Indonesia

Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut manakala lapan lagi masih hilang selepas banjir melanda dua daerah di Tanah Tinggi Papua, Indonesia, menurut pegawai pada Selasa malam (4 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 15 orang maut, 8 dilaporkan hilang susuli banjir di Indonesia
Usaha mencari dan menyelamat mangsa banjir yang hilang di Kabupaten Nduga, Tanah Tinggi Papua. (Gambar: Facebook/Badan Nasional Penanggulangan Bencana)
Diterbitkan : 05 Nov 2025 12:47PM
  • Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut manakala lapan lagi masih hilang selepas banjir melanda dua daerah di Tanah Tinggi Papua, Indonesia, menurut pegawai pada Selasa malam (4 Nov).
  • Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) memaklumkan semua 15 mangsa ditemukan di Daerah Dal, Wilayah Nduga, manakala pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan lapan lagi mangsa di Kampung Yuguru, Daerah Meborok.
  • “Banjir yang berpunca daripada hujan lebat melanda kedua-dua daerah itu pada Sabtu malam,” kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.
  • Agensi itu turut menggesa para penduduk, khususnya mereka yang tinggal berhampiran sungai, supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi sekiranya hujan berterusan lebih sejam dan mematuhi arahan pemindahan rasmi.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut manakala lapan lagi masih hilang selepas banjir melanda dua daerah di Tanah Tinggi Papua, Indonesia, menurut pegawai pada Selasa malam (4 Nov).

Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) memaklumkan semua 15 mangsa ditemukan di Daerah Dal, Wilayah Nduga, manakala pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan lapan lagi mangsa di Kampung Yuguru, Daerah Meborok.

“Banjir yang berpunca daripada hujan lebat melanda kedua-dua daerah itu pada Sabtu malam,” kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Beliau memberi amaran mengenai kemungkinan hujan berterusan dalam beberapa hari akan datang, dengan amaran cuaca masih berkuat kuasa di Tanah Tinggi Papua sehingga Khamis.

Agensi itu turut menggesa para penduduk, khususnya mereka yang tinggal berhampiran sungai, supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi sekiranya hujan berterusan lebih sejam dan mematuhi arahan pemindahan rasmi.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita