Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 14 maut dalam gempa di Ecuador, Peru

Anggaran Waktu Membaca:
CUENCA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut, sebilangan lagi cedera dan bangunan rosak setelah gempa bumi kuat menggegarkan Peru serta Ecuador pada Sabtu (18 Mac), menurut pihak berkuasa.

Bangunan yang musnah, kenderaan yang remuk serta serpihan runtuhan kelihatan di bandar-bandar seperti Machala dan Cuenca di Ecuador, sedang para pegawai penyelamat bergegas untuk menghulurkan bantuan. Para penduduk pula berlari berkeliaran di jalan raya dalam keadaan cemas.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berukuran 6.8 pada skala Richter melanda pada kedalaman hampir 66 kilometer, pada jam 12.12 tengah hari waktu tempatan.

Pusat gempa terletak di kawasan perbandaran Ecuador, Balao, berdekatan sempadan dengan Peru, nyata pihak berkuasa.

Pejabat Presiden Ecuador melaporkan 13 nyawa terkorban - 11 daripadanya di wilayah El Oro, manakala dua lagi maut di wilayah Azuay.

Menurut laporan media sosial, gegaran turut dirasakan dengan kuat di bandar-bandar lain termasuk Guayaquil, Quito, Manabi dan Manta.

Pejabat Presiden Ecuador melaporkan bahawa mereka yang cedera segera dirawat diberi di hospital, namun tidak mendedahkan jumlah mangsa itu.

Presiden Guillermo Lasso melakukan perjalanan ke El Oro di mana beliau menziarahi mangsa-mangsa cedera yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital. Beliau seterusnya dijangka berangkat ke Azuay.

Awal hari itu, beliau menggesa orang ramai agar kekal tenang dan memastikan supaya mereka dimaklumkan menerusi saluran rasmi mengenai kerosakan di bangunan-bangunan.
Sumber : AFP/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan