Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 13 cedera dalam serangan rempuhan kereta di Israel

Seorang lelaki Palestin mencuri sebuah kereta lalu merempuh orang ramai di bahagian tengah Israel hari ini (15 Jan), menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang cedera, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Seorang lelaki Palestin mencuri sebuah kereta lalu merempuh orang ramai di bahagian tengah Israel hari ini (15 Jan), menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang cedera, menurut polis.

Suspek kini berada dalam tahanan dan motifnya di sebalik kejadian itu disiasat.

Media Israel melaporkan beberapa orang mungkin telah ditikam dalam kejadian yang berlaku di Raanana, bahagian utara Tel Aviv, di tengah-tengah ketegangan yang meningkat berhubung keselamatan menyusuli perang dengan Hamas yang berlarutan selama tiga bulan.

"Ini nampaknya individu disyaki pengganas yang melancarkan serangan itu," kata polis dalam kenyataan.

Ia menyatakan bahawa suspek itu berasal dari bandar Hebron di Tebing Barat yang ditakluki.

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menukil para saksi dalam laporan sebelum ini, Army Radio menyatakan kejadian itu mungkin kes kecurian kenderaan.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan