Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 12 pendaki maut di Iran ekoran salji runtuh

Sekurang-kurangnya 12 pendaki ditemui mati di kawasan pergunungan Tehran, Iran selepas ribut salji melanda kawasan itu, memetik sumber penyelamat dan polis pada Ahad (27 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 12 pendaki maut di Iran ekoran salji runtuh

Para penyelamat alihkan jenazah mangsa kejadian salji runtuh di Tehran pada 26 Dis 2020 (Gambar: Bulan Sabit Merah Iran menerusi AP)

Diterbitkan : 28 Dec 2020 02:13PM Dikemas Kini : 28 Dec 2020 02:18PM

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 12 pendaki ditemui mati di kawasan pergunungan Tehran, Iran selepas ribut salji melanda kawasan itu, memetik sumber penyelamat dan polis pada Ahad (27 Dis).

Tiga kejadian berasingan berlaku di daerah Kolakchal, Ahar, dan Darabad pada Jumaat ketika ribut tiba-tiba mencetuskan runtuhan salji, memaksa gerakan misi mencari dan menyelamat dilancarkan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Selepas tiga hari usaha mencari, pasukan Bulan Sabit Merah di Tehran pada Ahad menghentikan operasi dan berjaya menyelamatkan 14 mangsa yang terperangkap di kawasan tanah tinggi di utara ibu kota itu dan menemui 11 mayat.

Pada hari sama, polis di daerah Kolakchal menyatakan mereka menemui mangsa runtuhan salji ke-12, menurut agensi berita Tasnim.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita