Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 11 maut ditimpa runtuhan salji di utara Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 11 maut ditimpa runtuhan salji di utara Pakistan

Pasukan penyelamat mencari mangsa runtuhan salji di Astore di wilayah Gilgit Baltistan, utara Pakistan pada 27 Mei 2023. (Gambar: Tangkapan skrin video iAliTajGB/Twitter)

Diterbitkan : 28 May 2023 12:45PM

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 13 lagi cedera selepas ditimpa runtuhan salji di utara Pakistan.

Kejadian runtuhan salji berlaku berhampiran Lembah Genting Shounter di Tapak Perkhemahan Bakarwal di wilayah Gilgit Baltistan, menurut pemerintah wilayah dalam satu kenyataan pada Sabtu (27 Mei),  lapor Agensi Anadolu (AA).

“Semasa kejadian itu, 25 orang daripada keluarga Gujjar, termasuk haiwan ternakan, ditimpa runtuhan salji,” katanya.

Lapan mayat ditemui setakat ini, sementara usaha mencari mereka yang masih hilang diteruskan.

Menurut kenyataan itu, mereka yang cedera dibawa ke Hospital Ibu Pejabat Daerah Astore, di mana sebahagiannya dilaporkan berada dalam keadaan tenat.

Disebabkan lokasi terpencil dan rupa bumi yang sukar, pasukan penyelamat juga berdepan cabaran untuk memindahkan jentera berat ke kawasan terjejas, menurut pegawai penyelamat tempatan.

Perdana Menteri Shehbaz Sharif turut melahirkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita