Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 10 negara timbang pindahkan kedutaan ke Baitulmakdis, dedah timbalan menteri luar Israel

 Israel sedang berhubungan dengan "sekurang-kurangnya 10 negara" mengenai kemungkinan memindahkan kedutaan masing-masing ke Baitulmakdis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Dec 2017 04:46PM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 01:10AM

ISRAEL: Israel sedang berhubungan dengan "sekurang-kurangnya 10 negara" mengenai kemungkinan memindahkan kedutaan masing-masing ke Baitulmakdis selepas Amerika Syarikat mengisytiharkannya sebagai ibu kota Israel, menurut timbalan menterinya semalam (25 Dis).

"Kami sedang berhubungan dengan sekurang-kurangnya sepuluh buah negara, termasuk beberapa negara Eropah" untuk membincangkan langkah tersebut, menurut timbalan menteri luar Tzipi Hotovely kepada stesen radio awam negara itu.

Beliau berkata demikian sehari selepas Guatemala mendedahkan bahawa ia akan memindahkan kedutaannya ke kota tersebut, satu tindakan yang disifatkan sebagai "memalukan" oleh para pegawai Palestin.

Menurut Cik Hotovely, perisytiharan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan "mencetuskan gelombang" keputusan sedemikian.

"Kita baru saja menyaksikan permulaannya," kata beliau.

Cik Hotovely bagaimanapun tidak pula mendedahkan negara-negara yang disebutnya itu.

Sungguhpun demikian, stesen radio tersebut menukil sumber-sumber diplomatik Israel yang mendedahkan bahawa Honduras, Filipina, Romania dan Selatan Sudan adalah antara negara-negara yang sedang menimbangkan untuk memindahkan kedutaan masing-masing.

Pada Khamis lalu, dua pertiga negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyokong ketetapan yang menentang perisytiharan Presiden Trump, sambil menegaskan bahawa status Baitulmakdis harus dihuraikan melalui rundingan.  

Sumber : AFP/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan