Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 10 maut selepas kapal tangki minyak terbakar di Batam

Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 18 orang cedera selepas sebuah kapal tangki minyak terbakar pada Rabu (15 Okt) sedang ia dibaiki di wilayah Kepulauan Riau di Indonesia, menurut polis tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 10 maut selepas kapal tangki minyak terbakar di Batam

Latar langit Singapura diselubungi jerebu dari Batam di Kepulauan Riau Indonesia. (Foto: AFP/Bay Ismoyo)

Diterbitkan : 15 Oct 2025 09:23PM Dikemas Kini : 15 Oct 2025 09:27PM
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 18 orang cedera selepas sebuah kapal tangki minyak terbakar pada Rabu (15 Okt) sedang ia dibaiki di wilayah Kepulauan Riau di Indonesia, menurut polis tempatan.

Kebakaran itu berlaku di atas kapal, MT Federal II kira-kira pukul 4.00 pagi waktu tempatan pada Rabu di sebuah limbungan kapal di Batam, kata ketua polis tempatan Zaenal Arifin.

Batam terletak kira-kira 20 kilometer dari Singapura melalui laut.

Kapal MT Federal II berlabuh dan sedang menjalani kerja-kerja pembaikan apabila ia terbakar, kata Encik Arifin, sambil menambah punca kebakaran masih disiasat dan kapal itu tidak membawa sebarang minyak.

Setakat petang Rabu, 10 orang terkorban dan lagi 18 orang sedang dirawat di hospital, kata Encik Arifin, sambil menambah semua mangsa sedang bekerja untuk membaiki kapal tersebut.

"Ada sesetengah mangsa yang cedera parah," kata Encik Arifin.

Beliau menambah tidak jelas siapa yang memiliki kapal tersebut.

Pada Jun lalu, sebuah kapal terbakar di Batam ketika ia sedang dibaiki, menyebabkan empat orang terbunuh dan mencederakan lagi sembilan orang.

Dalam kes itu, polis tempatan mengenal pasti dua individu yang disyaki melanggar prosedur keselamatan standard.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita