Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 10 maut, 6 hilang susuli tanah runtuh, banjir kilat di pulau Sumatra

Hujan lebat mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di pulau Sumatra di Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dan lagi enam orang dilaporkan hilang, menurut polis pada Rabu (26 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 10 maut, 6 hilang susuli tanah runtuh, banjir kilat di pulau Sumatra

Sebuah jambatan terputus akibat banjir di Kabupaten Tapanuli Utara, Sumatra Utara pada 25 Nov 2025. (Gambar: Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kabupaten Tapanuli Utara)

Diterbitkan : 26 Nov 2025 05:12PM Dikemas Kini : 26 Nov 2025 05:14PM
MEDAN: Hujan lebat mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di pulau Sumatra di Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dan lagi enam orang dilaporkan hilang, menurut polis pada Rabu (26 Nov).

Pasukan penyelamat sedang bergelut untuk sampai ke kawasan terjejas di enam wilayah di wilayah Sumatra Utara selepas hujan lebat monsun yang turun sepanjang minggu lalu menyebabkan sungai melimpah, mengalir ke kawasan perkampungan di atas bukit sedang lumpur, batu dan pokok tumbang, menimpakan kemusnahan di merata tempat, menurut Kepolisian Negara Republik Indonesia dalam satu kenyataan.

Setakat Rabu, pasukan penyelamat sudah menemui sekurang-kurangnya lima mayat dan tiga individu cedera di bandar Sibolga yang paling teruk terjejas dan sedang mencari empat penduduk yang dilaporkan hilang, menurut kenyataan itu.

Di daerah kejiranan di Tapanuli Tengah, tanah runtuh menimpakan kerosakan terhadap beberapa rumah, mengorbankan sekurang-kurangnya satu keluarga seramai empat anggota, dan hampir 2,000 rumah dan bangunan dinaiki air banjir.

Banjir dan tanah runtuh juga menumbangkan pokok yang mengorbankan seorang penduduk di daerah Tapanuli Selatan dan mencederakan seorang lagi penduduk, merobohkan sebuah jambatan di daerah Mandailing Natal dan menyebabkan 470 rumah tenggelam.

Satu jalan raya utama dihalang oleh lumpur dan serpihan di pulau Nias, menurut kenyataan yang sama.

Rakaman video di media sosial menunjukkan air banjir mengalir turun daripada bumbung sedang para penduduk dalam keadaan panik bergegas mencari tempat perlindungan.

Di sesetengah kawasan, banjir kilat meningkat dengan pantas, mengubah jalan raya menjadi arus deras yang membawa pokok dan serpihan.

Ketua polis Sibolga Eddy Inganta berkata tempat-tempat perlindungan kecemasan sudah didirikan dan pihak berkuasa menggesa para penduduk di zon berisiko tinggi supaya berpindah dengan segera, sambil memberi amaran hujan lebat yang turun berterusan boleh mencetuskan lebih banyak tanah runtuh selepas enam kejadian tanah runtuh di kawasan bandar berbukit-bukau itu merobohkan 17 rumah dan sebuah kafe.

"Cuaca buruk dan tanah runtuh menghambat operasi menyelamat," kata Encik Inganta sambil menambah akses ke kawasan terjejas masih terhad sedang pasukan penyelamat berdepan dengan keadaan cuaca yang buruk.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita