Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 1 maut angkara varian Omicron COVID-19 di Britain

Britain pada Isnin (13 Dis) mengesahkan apa yang mungkin kes kematian pertama angkara jangkitan varian Omicron COVID-19, sedang negara itu melancarkan program dos penggalak COVID-19 bagi membendung virus itu daripada menjadi tidak terkawal.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 1 maut angkara varian Omicron COVID-19 di Britain

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Dec 2021 08:16AM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 08:22AM

LONDON: Britain pada Isnin (13 Dis) mengesahkan apa yang mungkin kes kematian pertama angkara jangkitan varian Omicron COVID-19, sedang negara itu melancarkan program dos penggalak COVID-19 bagi membendung virus itu daripada menjadi tidak terkawal.

Dalam satu lawatan ke sebuah pusat vaksinasi di barat London, Perdana Menteri Boris Johnson berkata Omicron menyumbang kepada sekitar 40 peratus kes di ibu kota Britain itu dan jumlah kemasukan ke hospital semakin meningkat.

"Malangnya, sekurang-kurangnya seorang pesakit disahkan meninggal dunia disebabkan varian Omicron," katanya kepada wartawan, sehari selepas beliau memberi amaran bahawa negara itu sedang berdepan "gelombang jangkitan".

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) memberitahu AFP: "Ia kelihatan seperti ini adalah kes kematian pertama angkara varian Omicron."

Namun pusat itu menyatakan banyak kes di seluruh dunia tidak menjalani penjujukan genom, jadi ia "mustahil untuk ketahui sama ada ini adalah kematian Omicron yang pertama".

Di Afrika Selatan, di mana mutasi virus itu pertama kali dikenal pasti, tiada kematian berkaitan Omicron diumumkan secara rasmi, menurut jabatan kesihatan.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita