Sekurang-kurang 400,000 kanak-kanak Yaman berisiko mati akibat kebuluran
Empat agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sekurang-kurangnya 400,000 kanak-kanak Yaman berusia bawah lima tahun berisiko mati akibat kebuluran jika bantuan yang amat diperlukan tidak segera tiba.

(Gambar: Agensi berita)
KAHERAH: Empat agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sekurang-kurangnya 400,000 kanak-kanak Yaman berusia bawah lima tahun berisiko mati akibat kebuluran jika bantuan yang amat diperlukan tidak segera tiba.
Nasib jutaan kanak-kanak Yaman amat memprihatinkan akibat perang saudara sejak enam tahun lalu.
Agensi-agensi PBB meramalkan kenaikan 22 peratus kes kanak-kanak bawah lima tahun yang mengalami kekurangan teruk zat makanan tahun ini berbanding tahun lalu.
Krisis kemanusiaan di Yaman diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi di banyak negara.
Ia menyebabkan derma untuk Yaman menjunam.
Tahun lalu, agensi-agensi PBB yang memberi bantuan makanan berzat dan khidmat lain bagi mengelakkan kebuluran di Yaman hanya menerima derma AS$1.9 bilion (S$2.5 bilion) berbanding AS$3.4 bilion (S$4.5 bilion) yang diperlukan.
Ia menyebabkan program-program bantuan terpaksa dihenti atau dikurangkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.