Sektor wisata ASEAN semakin pulih
Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Sektor pelancongan di ASEAN sedang menuju pemulihan, dengan carian hotel, kadar penginapan dan perjalanan kini dalam arah aliran yang semakin meningkat.
Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan baru-baru ini bahawa pertumbuhan dalam sektor pelancongan “meningkat” pada suku keempat tahun ini.
Memetik Penjejak Pemulihan Pelancongan Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO) PBB, ASEAN menunjukkan peningkatan 28 peratus setakat tahun ini dari segi carian hotel, serta 57 peratus kenaikan pada kadar penginapan.
Sentimen perjalanan secara keseluruhannya juga meningkat sebanyak 40 peratus setahun sehingga kini, dan dijangka meningkat apabila lebih banyak vaksin COVID-19 tersedia di seluruh dunia dan rintangan varian menjadi lebih ringan.
ASEAN mengambil maklum bahawa perkembangan ini membawa kepada pelonggaran sekatan sempadan yang berkaitan dengan pandemik.
Menurut ASEAN, pandemik wajar menjadi pendorong dan peluang untuk sektor itu bangkit dengan lebih teguh – dengan mereka bentuk dan membangunkan sektor pelancongan yang lebih mampan yang kelak dapat menyokong daya tahannya, dan tidak lagi diambil mudah.
“Matlamatnya adalah untuk memastikan sektor pelancongan di ASEAN muncul lebih mampan dan berdaya tahan berikutan krisis yang disebabkan COVID-19, dengan memberi lebih banyak tumpuan kepada pemuliharaan alam sekitar dan dasar mesra iklim, serta kesan sosiobudaya kritikal sektor pelancongan di rantau itu” menurut ASEAN dalam kenyataannya.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.