Skip to main content

Dunia

Sektor perkhidmatan Jepun merosot buat kali pertama dalam 5 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor perkhidmatan Jepun merosot buat kali pertama dalam 5 bulan

Daerah Dotonbori di Osaka pada 16 April 2021. (Gambar: Philip Fong/AFP)

Diterbitkan : 05 Sep 2022 10:52AM
TOKYO: Aktiviti sektor perkhidmatan Jepun merosot buat kali pertama dalam lima bulan pada Ogos ketika kemunculan kembali jangkitan COVID-19 menjejas permintaan, menurut satu tinjauan perniagaan.

Penguncupan itu menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi ketiga terbesar dunia itu kekal tidak stabil dan membimbangkan pada masa unjuran pertumbuhan global bertukar menjadi semakin pesimis.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) au Jibun Bank Japan Services merosot 49.5 berdasarkan penyesuaian musiman. Ia menandakan penguncupan pertama sejak Mac.

Angka tersebut lebih baik berbanding bacaan kilat 49.2 namun lebih teruk daripada pertumbuhan kecil, iaitu 50.3, dalam aktiviti pada bulan Julai. Angka 50 memisahkan antara penguncupan dengan pertumbuhan.

"Kemerosotan semula aktiviti perkhidmatan diiringi kemerosotan lanjut dalam pengilangan pengeluaran.

"Pengilangan pengeluaran merosot dengan pantas sejak Septermber 2021," kata Annabel Fiddes, Pengarah Bersekutu Ekonomi di S&P Global Market Intelligence yang mengumulkan tinjauan itu.

"Bagaimanapun, penyedia khidmat mencatat kemerosotan pengeluaran yang lebih rendah berbanding yang dilihat pada awal 2022, apabila terdapat kenaikan dalam jumlah jangkitan ketika sekatan berkaitan pandemik dilonggarkan dengan ketara sejak itu."

Beban kos purata yang dihadapi firma perkhidmatan meningkat pada kadar yang ketara pada Ogos disebabkan kenaikan kos tenaga, bahan api dan bahan mentah.

Firma juga terus menaikkan yuran mereka secara sederhana.

PMI komposit yang dianggarkan menggunakan kedua-dua pengilangan dan perkhidmatan merosot buat kali pertama sejak Februari, turun kepada 49.4 daripada 50.2 pada hujung Julai.

"Ia berkemungkinan bahawa sektor swasta Jepun akan terus tertekan dalam beberapa bulan akan datang," tambah Cik Fiddes.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita