Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sektor pelancongan Johor makin pulih, industri perhotelan rekod tempahan tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
 Sektor pelancongan Johor makin pulih, industri perhotelan rekod tempahan tinggi

Gambar Hiasan. Kumpulan pertama penumpang VTL darat dari Singapura tiba di Stesen Larkin di Johor Bahru. (Gambar: CNA)

JOHOR BAHRU: Sektor pelancongan di Johor dilihat semakin pulih dengan rata-rata industri perhotelan merekodkan tempahan yang tinggi iaitu hampir 70 peratus terutama pada hujung minggu.

Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim berkata peningkatan dilihat mendadak menyusuli pembukaan sempadan Malaysia pada 1 April lalu, apabila ramai pelancong dari luar negara tiba ke Johor Bahru dengan yang paling ketara ialah untuk aktiviti sukan seperti golf dan juga pelancongan kesihatan.

Beliau berkata selain Singapura, ramai juga pelawat daripada Korea Selatan tidak ketinggalan melancong ke Johor Bahru untuk bermain golf dan peningkatan pelancong yang datang untuk bermain golf di Johor dilihat begitu drastik sekali.

“Bulan lepas kita lihat ramai pelancong dari Singapura datang untuk bermain golf di Johor...Untuk bulan Julai ini sahaja, kita ada permintaan kira-kira 300 pelawat dari Korea Selatan yang datang khusus untuk main golf,” kata beliau pada sidang media selepas majlis UUMISM-SportExcel Junior Golf Tour, di sini semalam. Turut hadir Pengarah Eksekutif SportExcel C. Sivanandan.

“Mereka akan menginap di kawasan Iskandar Puteri dan Johor Bahru khasnya...permintaan di semua kelab golf juga adalah penuh termasuk pelancong domestik sendiri,” kata beliau.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan