Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sektor pelancongan hubungkan Orang Asli dengan dunia luar

Sektor pelancongan dapat dijadikan jambatan menghubungkan perbezaan budaya, serta membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat Orang Asli di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor pelancongan hubungkan Orang Asli dengan dunia luar

Gambar fail Kuala Lumpur. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 09:28AM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 09:31AM

KUALA LUMPUR : Perlu ada usaha berterusan bagi memastikan sektor pelancongan dapat dijadikan sebagai jambatan menghubungkan perbezaan budaya, serta membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat Orang Asli di Malaysia, menurut satu laporan Astro Awani.

Selain itu, perlu juga rangka kerja dalam sektor pelancongan bagi memastikan wujudnya peluang bagi mempromosi pemahaman antara budaya yang lebih mendalam, di samping meningkatkan peluang ekonomi untuk masyarakat itu.

Astro Awani melaporkan bahawa atas sebab itu, sekumpulan pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR), mengambil inisiatif mengunjungi Perkampungan Orang Asli Pertak di Kuala Kubu Bharu, Selangor, baru-baru ini untuk melihat sendiri peluang ekonomi yang boleh dijana masyarakat tersebut.

Penolong Pengurus Projek Nur Hidayah Khalil berkata bahawa objektif program tersebut yang dikenali sebagai ‘Bridging the Boundaries’ adalah bagi membolehkan peserta berkongsi maklumat dan strategi perniagaan dengan masyarakat tersebut.

“Di masa komuniti Orang Asli dianggap keterkebelakang dan perlu dimodenkan, program ini mewujudkan platform bagi masyarakat luar melibatkan diri dengan aktiviti seharian komuniti itu.

“Melalui program ini, peserta boleh melihat sendiri potensi produk tradisional yang dihasilkan komuniti berkenaan, serta memikirkan kaedah yang terbaik bagaimana ia dapat dipasarkan di pasaran tempatan,” kata beliau lagi.

Menurut Cik Nur Hidayah, seramai 31 peserta yang terdiri daripada kumpulannya dan orang awam menyertai program itu yang berlangsung selama dua hari satu malam, pada hujung Julai lalu.

Melalui projek CSR berkenaan, keputusan serampang dua mata dapat dilihat seperti bagaimana masyarakat berkenaan dapat menjana ekonomi dengan lebih baik, sekaligus meningkatkan taraf kehidupan mereka, dan pada masa yang sama, membolehkan masyarakat luar memahami budaya mereka dengan lebih mendalam, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan