Sektor hotel, runcit dan F&B Johor Bahru raih manfaat daripada konsert Taylor Swift di SG
Anggaran Waktu Membaca:

Penyanyi Taylor Swift membuat persembahan di Nashville, Tenn., pada 5 Mei 2023. (Gambar fail: George Walker IV/AP)
KUALA LUMPUR: Sektor hotel, kedai runcit dan Makanan dan Minuman (F&B) Johor Bahru menyaksikan kesan daripada konsert Taylor Swift, dalam fenomena yang dipanggi "Swiftonomics", di Singapura bulan lalu.
Satu laporan oleh bank RHB pada Isnin (15 Apr) menyatakan kadar penginapan di hotel penuh, kedai-kedai F&B mendapat sambutan yang baik, manakala penyedia khidmat pengangkutan ulang-alik di koswe sibuk menjemput mereka yang ke konsert sepanjang minggu.
"Kesannya menunjukkan betapa Johor semakin penting, memandangkan kedudukannya yang berdekatan dengan Singapura," menurut laporan tersebut.
Laporan itu menambah bahawa hotel di Johor Bahru menikmati kadar penginapan lebih tinggi, antara 80 hingga 90 peratus berbanding hujung minggu biasa.
Peruncit khidmat F&B dan golf sama ada membuka kedai baharu atau meluaskan perniagaan mereka, sedang kadar penghunian di pusat beli-belah di Johor Bahru hampir penuh.
"Kami percaya banyak jenama runcit akan mempertimbangkan Johor Bahru sebagai pasaran penting untuk meluaskan perniagaan mereka dalam jangka terdekat. Semua kesan kewangan ini akan menyebabkan lebih banyak permintaan bagi hartanah di Iskandar Malaysia," tambah laporan itu.
Penyelidikan RHB menjangkakan sektor hartanah akan terus didorong berita positif terhadap potensi projek prasarana, urus niaga tanah yang aktif dan pelaburan terutamanya dalam sektor pusat data, tenaga mesra alam dan pembangunan.
Sektor hartanah meningkat kira-kira 18 peratus setahun, berdasarkan pengiraan Indeks Hartanah KL.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.