Sekolah Rendah di Delhi ditutup akibat tahap pencemaran udara yang tinggi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Arun SANKAR / AFP)
NEW DELHI: Sekolah rendah di ibu kota India ditutup sehingga 10 November hadapan akibat tahap pencemaran udara yang tinggi, kata menteri kementerian India melalui sebuah catatan di platform media sosial X, yang dikenali sebagai Twitter sebelum ini.
"Sedang tahap pencemaran kekal tinggi, sekolah-sekolah rendah di New Delhi akan terus ditutup sehingga 10 November," kata Menteri Pendidikan India Atishi Marlena, seperti ditukil laporan Reuters.
Bagi para pelajar gred enam hingga 12, sekolah akan diberikan pilihan untuk beralih kepada kelas-kelas online, tambahnya.
New Delhi kini berada di tangga teratas dalam senarai semasa yang mencatatkan bandar-bandar yang paling tercemar yang disusun oleh kumpulan Swiss IQAir.
Indeks mutu udara (AQI) bandar itu pada Ahad (5 Nov) berada di angka 471, yang meletakkannya di kategori "berbahaya". Ini diikuti oleh Lahore di Pakistan dengan angka 261 di tahap "sangat tidak sihat".
Udara yang toksik pada Sabtu (4 Nov) juga memaksa Sri Lanka membatalkan sesi latihan mereka, lapor Reuters.
Pasukan kriket itu sedang berlatih untuk pertembungan Piala Dunia pada Isnin (6 Nov) menentang Bangladesh di ibu kota India yang sangat tercemar itu.
Tahap AQI 0-50 dianggap baik, manakala tahap 400-500 memberi kesan kepada orang yang sihat dan berbahaya kepada mereka yang berpenyakit, menurut laporan Reuters.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.