Sekolah, madrasah di Negeri Sembilan dikaitkan dalam kes eksploitasi kanak-kanak
Anggaran Waktu Membaca:
Rumah kebajikan Pusat Jagaan Limpahan Kasih ditutup pada 12 Sep 2024. (Gambar: CNA/Fadza Ishak)
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengesyaki terdapat beberapa sekolah persendirian aliran agama di negeri itu yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa agama dan sebaliknya dikawal sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak serta agama.
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berikutan aduan yang diterima daripada beberapa pihak.
“Sebelum kes ini timbul, JHEAINS dan penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap sekolah swasta tidak berdaftar dan mendapati terdapat beberapa sekolah itu disyaki dikawal syarikat itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Sembilan Ke Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada Khamis (12 Sep).
“Siasatan masih dijalankan. InsyaAllah, kita akan maklumkan tidak lama lagi. Siasatan polis diteruskan dan JHEAINS turut menjalankan siasatan terhadap sekolah di bawah kerajaan negeri," tambah beliau.
Setakat ini, terdapat tiga atau empat sekolah, madrasah dan pusat amal kebajikan di Seremban, Kuala Pilah dan Nilai sedang disiasat serta dipantau.
Semua sekolah aliran agama atau madrasah perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan negeri serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan supaya kokurikulum dan pengajian mereka dapat dikawal oleh pihak berkaitan.
Pada Rabu (11 Sep), Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata 171 individu ditahan selepas polis menyerbu 20 rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak serta agama.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.