Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekolah, kolej di negeri selatan India ditutup ekoran ketegangan dek larangan berhijab

Negeri Karnataka di selatan India menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan apabila para pelajar perempuan beragama Islam datang ke kelas dengan memakai hijab.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah, kolej di negeri selatan India ditutup ekoran ketegangan dek larangan berhijab

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Feb 2022 09:20AM Dikemas Kini : 09 Feb 2022 09:20AM

NEW DELHI: Negeri Karnataka di selatan India menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan apabila para pelajar perempuan beragama Islam datang ke kelas dengan memakai hijab.

Negeri yang diperintah oleh nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP) mengalami ketegangan selama beberapa hari berturut-turut selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang para pelajar perempuan daripada memakai hijab.

Tindakan itu mencetuskan bantahan oleh para pelajar beragama Islam, keluarga dan kumpulan masyarakat mereka yang mengatakan tindakan itu merupakan diskriminasi agama.

Ramai pelajar perempuan diganggu di khalayak ramai oleh para pelajar yang berpihak kepada kumpulan nasionalis Hindu.

"Saya merayu kepada semua pelajar, guru dan pengurusan sekolah dan kolej serta penduduk Karnataka untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian.

"Saya telah mengarahkan penutupan semua sekolah menengah dan kolej untuk tiga hari akan datang. Semua yang berkenaan diminta memberi kerjasama," kata Ketua Menteri Karnataka Basavaraj Bommai dalam catatan Twitter pada Selasa (8 Feb).

Bantahan turut dianjurkan di luar Udupi sebagai sokongan terhadap para pelajar yang berhijab.

Mahkamah Tinggi Karnataka akan mendengar kes itu pada Selasa dan bakal mendengar hujahan lanjut pada Rabu (9 Feb).

Sumber : Bernama/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa