Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekolah, institusi pendidikan di Lubnan ditutup susuli insiden letupan alat kelui

Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Lubnan pada Selasa (17 Sep) mengumumkan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara pada Rabu, susulan letupan alat kelui yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan nyawa dan mencederakan ribuan yang lain, lapor Agensi Anadolu.

“Kami mengumumkan penutupan sekolah awam dan swasta, Universiti Lubnan dan semua institusi pengajian tinggi swasta pada Rabu sebagai kecaman terhadap tindakan jenayah yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat,” kata Menteri Pendidikan Lubnan, Abbas Halabi.

Beliau juga menyeru “masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan atau perbezaan dan telah melakukan jenayah kolektif yang belum pernah terjadi terhadap rakyat Lubnan.”

Sementara itu, Menteri Kesihatan Lubnan Firas Al-Abiad berkata, sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam insiden letupan di beberapa kawasan di Lubnan pada Selasa.

Kira-kira 2,750 lagi cedera, dengan 200 daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Hezbollah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya dua anggotanya terbunuh dan ramai lagi cedera dalam kejadian itu.

“Kira-kira 3.30 petang (1.30 tengah hari GMT) Selasa, 17 Sept 2024, beberapa alat kelui yang digunakan oleh pelbagai unit dan institusi Hezbollah meletup,” tulis kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Kumpulan tersebut menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian itu dan berikrar untuk membalas dendam kepada Tel Aviv.
 
Kementerian Kesihatan Lubnan sebelum ini menggesa semua rakyat yang memiliki peranti komunikasi itu supaya segera membuangnya.

Letupan besar-besaran berlaku di tengah-tengah serangan balas rentas sempadan antara Hezbollah dan Israel.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan