Sekolah di New Zealand guna teknologi pantau kesejahteraan pelajar, pantas bertindak
Anggaran Waktu Membaca:

Para pelajar di sebuah sekolah di New Zealand. (Gambar fail: AFP)
WELLINGTON: Program perintis kesihatan mental baharu dengan teknologi intervensi awal, yang direka untuk membantu pelajar mendapatkan sokongan segera, bakal dilaksanakan di beberapa sekolah di bandar terbesar New Zealand, Auckland.
Teknologi itu menyediakan sistem amaran awal untuk mengenal pasti pelajar yang mungkin memerlukan sokongan segera dalam pelbagai isu dan krisis peribadi, menurut organisasi komuniti West Auckland Trusts pada Rabu (21 Ogos), lapor Xinhua.
West Auckland Trusts menyatakan lebih 20,000 pelajar di 30 sekolah rendah dan menengah di Auckland Barat akan dibekalkan dengan perisian yang menjejaki kesejahteraan mental, sosial dan fizikal mereka untuk sebarang perubahan serta membolehkan mereka meminta bantuan daripada guru di bawah inisiatif bernilai NZ$71,000 (S$$57,000).
Pertubuhan itu menyatakan program berkenaan juga diharapkan akan diperluaskan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand.
Menurut West Auckland Trusts, platform itu membolehkan sekolah memantau kesejahteraan emosi pelajar dan menangani sebarang isu dengan cepat.
Guru malah akan menerima kemas kini segera daripada platform yang boleh diakses oleh pelajar melalui peranti mereka.
Yayasan Kesihatan Mental New Zealand menyatakan pada 2021 dan 2022, kira-kira 23.6 peratus daripada golongan muda berusia 15-24 tahun mengalami tahap tekanan psikologi yang tinggi atau sangat tinggi, meningkat daripada 11 peratus pada 2020, dengan kumpulan belia Maori dan Pasifik sering lebih terdedah.
Sementara itu, pakar kesejahteraan sekolah dan penyedia teknologi Linewize Andrew Sylvester berkata kanak-kanak yang terdedah tidak selalu bersuara dan mengenal pasti mereka adalah cabaran besar bagi pihak sekolah.
Encik Andrew berkata memberikan guru dan pemimpin sekolah gambaran tentang perasaan pelajar boleh mengubah interaksi di dalam bilik darjah dan membantu mereka berhubung dengan lebih ramai pelajar.
Menurut beliau, teknologi itu turut membantu meningkatkan pencapaian akademik dan membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran hidup seperti pendedahan diri dan refleksi diri.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.