Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekolah di Makkah, Jeddah ditutup susuli ramalan hujan lebat

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Kelas-kelas fizikal di semua sekolah di Makkah, Jeddah, Rabigh dan Khulais dihentikan buat sementara pada Isnin (2 Jan) berikutan ramalan cuaca hujan.

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) dalam satu kenyataan berkata hujan sederhana hingga lebat akan melanda banyak bahagian Makkah termasuk Jeddah dan Rabigh.

Ramalan NCM termasuk kemungkinan hujan lebat, disertai angin aktif dan hujan batu, terutama di kawasan pantai di wilayah Makkah.

Hammoud Al-Soqairan, jurucakap Direktorat Umum Pendidikan di Jeddah, mengumumkan bahawa ia memutuskan untuk menggantung kelas fizikal bagi para pelajar yang bersekolah di Jeddah, Rabigh dan Khulais pada Isnin. 

Beliau berkata keputusan itu berdasarkan laporan yang diterima daripada NCM, dengan mengambil kira keselamatan semua orang.

Bagaimanapun, kelas dalam talian akan dijalankan melalui “platform Madrasati” untuk semua pelajar, kakitangan lelaki dan wanita dan pejabat pendidikan, kata beliau.

NCM mengeluarkan amaran sebelum ini bahawa hujan sederhana hingga lebat akan melanda sebahagian wilayah Makkah sehingga 3:00 petang. Isnin.

Kawasan yang akan dilanda hujan termasuk Jeddah, Al-Jumum, Makkah, Bahra, Arafat, Khulais, Osfan, Al-Kamil, Rahat, Modrakah, Huda Al-Sham, Thuwal dan Rabigh. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan