Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekolah di Hong Kong dicengkam penularan virus pernafasan, HFMD setelah syarat pakai pelitup dimansuh

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah di Hong Kong dicengkam penularan virus pernafasan, HFMD setelah syarat pakai pelitup dimansuh

(Gambar: South China Morning Post)

HONG KONG: Sekolah-sekolah di Hong Kong dicengkam penularan virus sinsitium pernafasan serta penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) selepas bandar itu memansuhkan syarat memakai pelitup. Demikian menurut seorang pakar pediatrik tempatan. 

Dr Patrick Ip Pak-keung dari jabatan perubatan pediatrik dan remaja di Universiti Hong Kong pada Selasa (14 Mac) berkata kanak-kanak kini berdepan "cabaran berbeza" berikutan pandemik COVID-19, lapor South China Morning Post. 

"Apabila kami semua tanggalkan pelitup kami dan melakukan lebih banyak aktiviti sosial, yang saya galakkan, penularan virus merebak luas pada masa yang sama," kata Dr Ip sewaktu sebuah program radio. 

Warga Hong Kong dan pelancong tidak perlu lagi memakai pelitup mulai awal bulan Mac selepas bandar itu akhirnya memansuhkan sekatan pandemik utamanya yang terakhir setelah hampir tiga tahun. 

Dr Ip menekankan penularan virus sinsitium pernafasan, jangkitan yang lebih membawa maut berbanding COVID-19, disaksikan di wad hospital dan dalam kalangan masyarakat. 

Virus itu biasanya menjangkiti golongan usia yang muda, khususnya bayi yang dilahirkan pramatang dan menghidapi penyakit paru-paru atau jantung kongenital. 

"Sesetengah bayi yang dimasukkan ke hospital begitu sesak nafas sehingga mereka tidak boleh minum susu dan perlu bergantung kepada alat oksigen, iaitu sesuatu yang berbahaya," katanya.

Beliau sambil menyeru ibu bapa agar membawa anak mereka berjumpa dengan doktor sekiranya mereka demam mereka tidak surut atau mengalami muntah-muntah.

Beliau turut menarik perhatian banyak sekolah dilanda penularan penyakit HFMD dan enterovirus baru-baru ini. 

"Baru-baru ini, beberapa majlis ketua sekolah meminta Persatuan Pediatrik Hong Kong agar mengadakan webinar untuk mengajar ibu bapa cara bagaimana menjaga anak-anak yang menghidapi penyakit HFMD," South China Morning Post memetik kata-kata Dr Ip. 

Pakar pediatrik itu mengingatkan ibu bapa agar membersihkan tangan anak-anak dengan betul kerana virus sinsitium pernafasan dan jangkitan yang menyebabkan penyakit HFMD, sebahagian besarnya merebak menerusi air liur dan hingus. 

Tambah beliau, kanak-kanak yang menghidap penyakit itu tidak sepatutnya pergi ke sekolah selama seminggu kerana virus itu merebak pada tujuh hari pertama jangkitan. 

Dr Ip turut menggesa ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka menerima suntikan vaksinasi lengkap terhadap  COVID-19 dan mendapatkan suntikan demam selesema, yang boleh membantu mencegah mereka daripada jatuh sakit teruk. Ini khususnya sedang sesetengah keluarga merancang untuk bercuti ke luar negara sempena cuti Easter pada April. 

Beliau berkata hanya 25 peratus kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga bawah tiga tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan