Sekolah di Filipina dibuka semula selepas lebih 2 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar berjalan masuk ke bilik darjah di sebuah sekolah di bandar Quezon, Manila pada 22 Ogos. (Gambar: AFP)
MANILA: Jutaan kanak-kanak di Filipina kembali ke sekolah apabila tahun akademik bermula pada Isnin (22 Ogos) dengan ramai yang mengambil tempat duduk di bilik darjah buat pertama kalinya sejak pandemik COVID-19 melanda negara tersebut dua tahun lalu.
Filipina merupakan salah satu negara terakhir di dunia untuk membuka semula sekolah secara fisikal, mencetuskan kebimbangan penutupan sekolah yang panjang telah memburukkankrisis pendidikan di negara itu.
Kanak-kanak berpakaian seragam sekolah dan menggunakan pelitup, menunggu giliran masing-masing untuk melakukan pemeriksaan suhu badan dan diberi cecair pembasmi kuman sebelum masuk ke Sekolah Rendah Pedro Guevara, Manila, yang ditutup sejak Mac 2020.
Sekolah itu mengambil pendekatan sistem hibrid dengan pembelajaran secara fisikal dan jarak jauh sedang ia melakukan peralihan bagi hampir 6,000 pelajar untuk kembali ke kelas secara bersemuka menjelang November. Tarikh akhir itu ditetapkan Encik Ferdinand Marcos Jr selepas beliau menyandang jawatan Presiden dua bulan lalu.
Meskipun kanak-kanak meluahkan kegembiraan untuk kembali ke sekolah, kebanyakkannya ketinggalan dari segi pembelajaran.
Sebelum pandemik, sembilan daripada 10 kanak-kanak Filipina didapati buta huruf dengan "tidak boleh membaca dan faham teks ringkas" pada umur 10 tahun, menurut sebuah laporan baru Bank Dunia dan agensi lain.
Hanya 10 negara yang lebih teruk dari Filipina termasuk Afghanistan, Laos, Chad dan Yaman.
KETINGGALAN DI BELAKANG
Selepas sekolah di Filipina ditutup, program "pembelajaran teradun" diperkenalkan termasuk kelas secara online, bahan-bahan cetakan dan pembelajaran yang disiarkan di televisyen dan media sosial.
Apabila kelas secara bersemuka disambung semula, masalah lama berterusan. Saiz kelas yang besar, kaedah pengajaran yang ketinggalan zaman, kemiskinan, dan kurangnya infrastruktur asas - seperti tandas.
Ethel Tumanan, seorang guru sains di sekolah Pedro Guevera berkata beliau bimbang pelajar akan ketinggalan pelajaran penting sejak dua tahun lalu.
"Sebagai seorang guru, kami lebih suka belajar secara bersemuka, sekurang-kurangnya kami dapat menilai tahap prestasi pelajar kami."
Menjelang pembukaan semula bilik darjah, pemerintah meningkatkan kempen vaksinasi dan akan menyediakan pengangkutan awam secara percuma untuk pelajar sehingga akhir tahun kalendar ini.
Pada Sabtu (20 Ogos), pemerintah mula memberi bantuan tunai kepada pelajar dan ibu bapa yang bergelut untuk menampung perbelanjaan, menyebabkan situasi huru-hara di luar pusat pengagihan.
Di bandar Zamboanga, 29 orang dilaporkan cedera apabila beberapa ribu orang cuba menolak pintu pagar sebuah sekolah tinggi susuli pembukaan semula sekolah di merata Filipina.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.