Sekitar 63 maut dalam kebakaran di bangunan dekat pusat perniagaan Johannesburg
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Michele Spatari)
JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 63 maut manakala 43 yang lain cedera dalam kebakaran di pusat perniagaan di bandar terbesar Afrika Selatan, Johannesburg, pada awal pagi Khamis (31 Ogos).
Menurut Pejabat Pengurusan Kecemasan Johannesburg dalam kenyataannya menerusi platform X, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan, lapor Astro Awani.
“Sejurus tiba, para anggota bomba membawa keluar semua orang yang berada dalam bangunan sambil menjalankan operasi pemadaman api.
“Pada ketika ini, sekurang-kurangnya 63 orang disahkan maut di tempat kejadian dan 43 mangsa diberi rawatan di lokasi sebelum dipindahkan ke pelbagai kemudahan kesihatan untuk rawatan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Kebakaran bermula kira-kira jam 1.30 pagi di sebuah bangunan lima tingkat di persimpangan jalan Alberts dan Delvers.
Laporan media antarabangsa menunjukkan jentera pihak bomba dan perkhidmatan kecemasan berada di tempat kejadian, manakala jasad mangsa dilitupi di sepanjang jalan berhampiran.
Difahamkan premis yang terbakar itu merupakan bangunan kediaman lima tingkat yang terbengkalai, namun dihuni oleh gelandangan, seperti dinukil laporan Astro Awani.
Punca kebakaran masih disiasat.

Sumber : Agensi berita/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.