Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekitar 60 mangsa terkorban, 9 juta penduduk terkandas akibat banjir di India, Bangladesh

Pihak berkuasa India dan Bangladesh menghadapi kesukaran untuk menghantar makanan dan minuman kepada ratusan ribu penduduk yang terpaksa dipindahkan dari rumah masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Pihak berkuasa India dan Bangladesh menghadapi kesukaran untuk menghantar makanan dan minuman kepada ratusan ribu penduduk yang terpaksa dipindahkan dari rumah masing-masing.

Sekurang-kurangnya 59 mangsa terkorban di utara India dan Bangladesh akibat hujan yang turun mencurah-curah.

Dianggarkan lagi sembilan juta penduduk terkandas akibat air banjir tanpa akses kepada sebarang bentuk bantuan.

Para penduduk kampung sepanjang Sungai Surma di Sylhet, timur laut Bangladesh terkandas dalam air yang naik hingga ke dada.

Media tempatan melaporkan bekalan elektrik terputus bagi jutaan penduduk di sini.

Seorang suri rumah, Jainabunnesa berkata: "Saya datang ke sini kerana banjir. Rumah saya musnah akibat air bah. Kami menumpang di tempat berteduh ini bersama lembu dan keluarga kami."

Hingga 100,000 penduduk sudah dipindahkan, namun sekitar empat juta penduduk Bangladesh masih terkandas dalam air bah.

Sesetengah penduduk menzahirkan kemarahan terhadap kelengahan pihak berkuasa tempatan dalam menghulurkan bantuan.

Menurut ahli perniagaan Mehedi Hasan Parvez, ramai penduduk terpaksa menahan lapar dan dahaga hingga tiga hari kerana kehabisan bekalan.

Bangladesh terletak dalam kawasan tanah rendah dan rata.

Banjir sekali sekala lazimnya berlaku dan bermanfaat bagi tujuan pertanian.

Namun setiap beberapa tahun, air banjir sebaliknya meranapkan infrastruktur dan ekonomi.

Di wilayah Assam, timur laut India, dua anggota polis dilaporkan hanyut semasa operasi menyelamat.

Sekitar 200,000 penduduk sedang berteduh di 700 kem bantuan.
Sumber : CNA/ZM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan