Sekitar 5,000 jururawat di New South Wales mogok; minta gaji lebih baik

(Gambar: Steven Saphore/AFP)
NEW SOUTH WALES: Ribuan jururawat di wilayah New South Wales (NSW), Australia mogok 24 jam pada Selasa (15 Feb) untuk membantah kekurangan tenaga kerja dan keadaan kerja yang didakwa tidak wajar.
Ini merupakan kali pertama mogok jururawat berlaku di wilayah Australia itu dalam masa hampir 10 tahun.
Sekurang-kurangnya 5,000 orang jururawat berkumpul di luar bangunan parlimen di Sydney, bagi menyeru gaji
dan nisbah jururawat bagi setiap pesakit yang lebih baik.
Bantahan serupa juga dilaporkan di beberapa bahagian lain di NSW.
Ini berlaku sedang jumlah kes COVID-19 terus bertambah dengan lebih 8,200 kes baru dilaporkan hari ini (15 Feb).
Lagi 16 kematian turut dicatatkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.