Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekitar 200 orang dipindahkan di barat Indonesia ekoran gempa 6.1 Richter

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 200 orang dipindahkan di barat Indonesia ekoran gempa 6.1 Richter

Penduduk berkumpul di luar kediaman mereka ekoran gempa, yang menggegarkan kepulauan di barat Indonesia pada 11 Sep 2022. (Gambar: Bambang Sagurung / AFP)

Diterbitkan : 11 Sep 2022 04:05PM Dikemas Kini : 11 Sep 2022 04:06PM
JAKARTA: Sekitar 200 orang dipindahkan di kawasan tanah lebih tinggi berikutan gempa berukuran 6.1 pada skala Richter yang menggegarkan kepulauan di barat Indonesia pada Ahad (11 Sep). Menurut agensi pengawalan bencana negara BNPB, gempa tersebut menyebabkan kerosakan harta benda.

Gempa tersebut di Kepulauan Mentawai barat Sumatra melanda pada kedalaman 27 kilometer dan disusuli dengan sebuah gempa lagi yang berukuran 5.3 pada skala Richter di kawasan yang sama, lapor pihak berkuasa. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi bencana tersebut memaklumkan bahawa seorang dilaporkan tercedera di kepala disebabkan kayu yang terjatuh. Sementara itu, sebuah sekolah dan pusat kesihatan merupakan antara harta benda yang mengalami kerosakan.

Gempa dengan magnitud 7.6 menggegarkan wilayah Timur New Guinea, di Papua New Guinea semalam, yang dilaporkan menyebabkan kerosakan harta benda dan mencetuskan rasa cemas dalam kalangan penduduk.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa