Sekawan gajah liar dihayutkan air deras di Thailand
Di Thailand, sekawan gajah liar dihayutkan air deras di Taman Negara Khao Yai, 120 kilometer ke timur laut ibu kota Bangkok.

6 gajah liar lemas.
NAKHON NAYOK, THAILAND: Di Thailand, sekawan gajah liar dihayutkan air deras di Taman Negara Khao Yai, 120 kilometer ke timur laut ibu kota Bangkok.
Enam daripadanya mati lemas manakala para anggota renjer taman negara itu cuba menyelamatkan dua gajah keluar daripada sebuah jurang.
Para pegawai berkata dua gajah itu cuba mendekati bangkai seekor anak gajah yang mati lemas.
Pasukan renjer baru mengetahui tentang kejadian itu sekitar subuh semalam (5 Okt).
Tempat tersebut terletak berhampiran air terjun Haew Narok yang juga dikenali sebagai Jurang Neraka.
Jurangnya sering dipenuhi air yang mengalir deras semasa musim hujan.
Taman negara itu merupakan tempat tinggal kira-kira 300 gajah liar dan adalah sebahagian daripada sebuah kompleks hutan yang merupakan taman Warisan Dunia UNESCO.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.