Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekatan lapangan terbang Kabul halang penghantaran bekalan perubatan kepada penduduk Afghanistan: WHO

Lebih 500 tan bekalan perubatan termasuk peralatan pembedahan dan kit bantuan kemnusiaan yang dijadual dihantar ke Afghanistan pada minggu ini terkandas disebabkan sekatan di lapangan terbang Kabul, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin (23 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekatan lapangan terbang Kabul halang penghantaran bekalan perubatan kepada penduduk Afghanistan: WHO

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Aug 2021 10:32PM Dikemas Kini : 23 Aug 2021 10:37PM

GENEVA: Lebih 500 tan bekalan perubatan termasuk peralatan pembedahan dan kit bantuan kemnusiaan yang dijadual dihantar ke Afghanistan pada minggu ini terkandas disebabkan sekatan di lapangan terbang Kabul, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin (23 Ogos).

Menurut agensi-agensi bantuan amat penting sekali bagi bekalan perubatan dan makanan dihantar kepada sekitar 300,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Afghanistan sepanjang dua bulan lalu di tengah-tengah kemaraan Taliban yang berkesudahan dengan Kabul jatuh di tangan kumpulan itu pada 15 Ogos.

Hampir 18.5 juta orang - separuh daripada penduduk Afghanistan - bergantung pada bantuan dan keperluan kemanusiaan itu dijangka meningkat disebabkan oleh musim kemarau.

"Sementara mata dunia kini tertumpu pada individu yang sedang dipindahkan dan pesawat yang meninggalkan Afghanistan, kami perlu membawa masuk bekalan untuk membantu mereka yang ditinggalkan," kata jurucakap WHO Inas Hamam dalam satu kenyataan menerusi emel kepada Reuters.

Menurutnya WHO menyeru pesawat-pesawat yang tidak membawa penumpang agar ubah arah penerbangan ke gedung mereka di Dubai, Amiriah Arab Bersatu untuk mengambil bekalan dalam penerbangan mereka membawa keluar individu dari Afghanistan.

WHO juga sedang meneliti kemungkinan membangunkan "jambatan udara kemanusiaan" untuk menghantar bekalan, katanya.

Pengarah eksekutif agensi kebajikan kanak-kanak PBB UNICEF, Henriette Fore berkata pada Isnin bahawa sekitar 10 juta kanak-kanak di seluruh Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan dan keadaan dijangka bertambah buruk.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan