Sekatan ketat COVID-19 di Hong Kong beri kesan mencabar terhadap sekolah, pelajar
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
HONG KONG: Sekatan COVID-19 yang ketat di Hong Kong memberi kesan amat mencabar terhadap pelajar sekolah.
Kini, peraturan baru yang memerlukan tahap vaksinasi yang lebih tinggi boleh menggugat kemajuan yang sudah dicapai untuk menyambung semula kelas secara bersemuka.
Kelengahan lanjut terhadap kehidupan di sekolah mungkin akan memburukkan lagi masalah kesihatan mental dalam kalangan belia serta memberi alasan bagi lebih ramai orang untuk meninggalkan bandar itu.
Ia sekali gus akan menjejaskan status Hong Kong sebagai hab kewangan Asia, kata pendidik dan pemimpin perniagaan.
"Terdapat banyak ketidakpastian sama ada kelas akan dibatalkan dan bolehkah kanak-kanak pergi ke sekolah? Ia menjadi punca penduduk meninggalkan negara dan menjadikannya lebih sukar untuk memikat orang datang ke Hong Kong," kata Robert Quinlivan, ketua Dewan Perniagaan Australia di bandar tersebut.
Sekitar 30,000 pelajar menarik diri dari sekolah di Hong Kong pada tahun akademik lalu dan lebih 5,000 guru telah meletakkan jawatan, menurut data pemerintah.
Sekitar 113,000 penduduk juga sudah meninggalkan tanah bekas jajahan Britain itu pada separuh pertama 2022.
Dengan tujuan untuk meningkatkan kadar vaksinasi di bandar tersebut, pihak berkuasa pada September menetapkan bahawa selepas 1 November, Sekolah Menengah hanya boleh menjalankan kelas bersemuka sepanjang hari jika 90 peratus pelajarnya sudah menerima tiga suntikan vaksin COVID-19.
Sekolah antarabangsa akan menerima kesan segera kerana baru-baru ini sudah menyambung semula kelas kerana memperoleh tahap 90 peratus pelajar yang telah menerima dua dos vaksin COVID-19.
Sekolah tempatan dan beberapa sekolah rendah antarabangsa masih terhad kepada kelas bersemuka dan kelas online separuh hari dek kadar vaksinasi yang lebih rendah.
Sekatan itu tentunya memberikan impak kepada kesihatan mental, menurut guru dan pakar perubatan.
Lebih separuh daripada kira-kira 3,600 pelajar Sekolah Menengah Hong Kong menunjukkan tanda-tanda kemurungan, menurut kajian Persekutuan Kumpulan Belia, pada November.
Biro Pendidikan Hong Kong menyatakan langkah COVID-19 di sekolah wujud untuk melindungi kesihatan pelajar sambil menambah bahawa ia akan mengemas kini peraturan apabila sesuai, tanpa memberikan butiran lanjut.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.